108 staf KKKL tekad perangi rasuah

KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
11 January 2024
Umum

10 Januari 2024, Kuala Langat – Pembuka tirai 2024, seramai 108 orang staf Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKL) termasuk Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang (KKKLCS) telah berikrar tekad perangi rasuah dalam Program Pemantapan Anti Rasuah dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor bertempat di Dewan Dato’ Haji Sidek, KKKL.

Encik Suhairi bin Ismail selaku Pengarah KKKL mengetuai bacaan Ikrar Bebas Rasuah bersama-sama barisan kakitangan dan disaksikan oleh Tuan Ridzuan bin Abd Malik, Timbalan Pengarah  (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor.

Program dimulai dengan sesi taklimat Pengurusan Akaun Amanah daripada Ketua Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kemudian majlis diteruskan dengan taklimat bertajuk “Pemantapan  Tatakelola, Elak Ketirisan dalam Perolehan Kerajaan yang telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Nuri bin Muda, Penolong Penguasa, SPRM Negeri Selangor sebelum Majlis Melafaz Ikrar dan Menandatangi Ikrar Bebas Rasuah dimulakan.

Ikrar Bebas Rasuah (IBR) ini merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memastikan setiap individu lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama memegang jawatan yang diamanahkan.

Program Pemantapan Anti Rasuah & Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) tahun 2024 yang dikelola oleh Unit Pentadbiran dan Kewangan bersama Unit Pengajian Am ini diadakan sebagai mekanisme untuk memantapkan pengurusan governan, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga KKKL.

Selain itu dengan adanya program ini dapat membantu menjelaskan perkara penting berkaitan pentingnya menjauhi amalan rasuah dengan lebih lanjut selain dapat membantu staf dan pihak berkepentingan dalam menjaga kedudukan jabatan dalam berdepan isu rasuah.

Terima kasih SPRM Negeri Selangor di atas kunjungan ke Kolej Komuniti Kuala Langat.

Tuan Ridzuan bin Abd Malik bergambar bersama Warga KKKL sejurus selesai program.

Tuan Ridzuan bin Abd Malik dibawa melawat ruang Maker Market dan diberikan penerangan oleh CEO Maker Market KKKL, Puan Suriawati binti Mohd Fadzil mengenai produk-produk yang dihasilkan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti