14,545 sertai Karnival PSH Komuniti MADANI

KOLEJ KOMUNITI GERIK
19 December 2023
Komuniti

Kuala Kangsar – Kolej Komuniti (KK) menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat setempat melalui tawaran kursus sepenuh masa yang diiiktiraf oleh kerajaan dan kursus pendek melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Program PSH terus menjadi perhatian dan tumpuan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memperkasa komuniti MADANI. Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin pada ucapan beliau sebelum ini berkata, peranan KK perlu terus diperkasa dan menjadi saluran pengajian sepanjang hayat kepada masyarakat terutama kepada individu atau komuniti yang mahu melengkapkan diri dengan kemahiran baharu atau memperbaharui kemahiran lama.

Dalam pada itu, sebanyak 542 pelbagai kursus pendek Berjaya dikendalikan secara serentak pada 14 Oktober 2023, Sabtu di 95 buah KK merentasi Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan penyertaan seramai 14,545 orang peserta. Kursus pendek kali ini telah Berjaya mencipta sejarahnya tersendiri apabila menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBOR) di dalam penganjuran program ini melalui penyertaan teramai.

Majlis Perasmian Karnival telah di adakan di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar dan telah disempurnakan oleh YBrs Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan, Bahagian Kompetensi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyatakan, kini sebanyak 105 buah KK yang bernaung di bawah KPT adalah merupakan salah sebuah institusi pendidikan di Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk membentuk komuniti yang lebih dinamik. Justeru, dengan penganjuran Karnival PSH Komuniti MADANI ini adalah satu program yang memberi manfaat kepada komuniti secara keseluruhannya. KK juga berperanan untuk memberi latihan untuk meningkatkan kemahiran individu yang berupaya menghasilkan produk bagi menambah  pendapatan keluarga.  

Selain itu komuniti yang berkemahiran akan mampu membina kerjaya baharu dalam pelbagai bidang perkerjaan. Di samping itu, karnival ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada komuniti sekaligus mampu meningkatkan ‘keterlihatan’ KK di mata masyarakat terutamanya menerusi sumbangan terhadap peningkatan taraf sosio-ekonomi komuniti setempat dalam 10 bidang utama tambahnya lagi.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti