1,765 pelajar warga baharu PUO, catat kemasukan terbesar bagi program TVET

POLITEKNIK UNGKU OMAR
12 August 2024
PERAKTASTIC

IPOH : Seramai 1,765 pelajar menjadi warga baharu Politeknik Ungku Omar (PUO) apabila secara rasmi menjadi pelajar di institusi tersebut bagi Sesi 1 Tahun 2024/2025.

Ini juga merupakan rekod pencapaian apabila PUO mencatatkan jumlah pelajar Program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) tertinggi antara politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 1,629 merupakan pelajar bagi 17 program diploma dan 123 pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan.

Baki 13 orang adalah pelajar Program Sijil Kemahiran Pembinaan yang dikhususkan untuk pelajar kelainan upaya.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah memberitahu, pencapaian ini mencerminkan keyakinan masyarakat terhadap persekitaran pembelajaran kondusif dan kualiti TVET yang ditawarkan PUO.

Terdahulu, majlis penutup Minggu Suai Kenal pelajar baharu telah diadakan di kampus itu dihadiri Timbalan Pengarah (Akademik) PUO, Norman Zamri, mewakili pengarah.

Beliau turut menekankan kepentingan integrasi dan semangat kerjasama dalam kalangan pelajar baharu dalam memastikan mereka dapat menyesuaikan diri.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti