12 Oktober 2023, Kota Bharu – Penganjuran Persidangan kali kedua TVET dan Keusahawanan Antarabangsa 2023 perkasakan kemahiran teknikal (TVET) dan keusahawanan ke peringkat antarabangsa melalui 110 pembentangan kertas penyelidikan daripada seluruh negara termasuk luar negara iaitu Indonesia, Thailand dan Pakistan.
Persidangan antarabangsa ini berlangsung pada 11 dan 12 Oktober 2023 yang diadakan secara kombinasi melalui atas talian dan bersemuka ini di anjurkan secara bersama antara Jabatan Pendidikan Politeknik Kolej Komuniti (JPPKK), Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Medan Indonesia, Malaysia dengan tema persidangan adalah “TVET and Entrepreneurship for Sustainable Development”.
Objektif utama persidangan ini adalah untuk menyediakan platform kepada penyelidik membentangkan hasil kajian dalam bidang Technical and Vocational Education and Training (TVET) dan keusahawanan. Selain daripada itu, melalui persidangan ini mengaktifkan penglibatan staf ke peringkat antarabangsa, dalam aktiviti penyelidikan, penulisan, pembentangan, dan penerbitan sekali gus menaikkan imej negara, kementerian, jabatan dan institusi ke peringkat antarabangsa.
Persidangan yang diadakan selama dua hari ini telah disempurnakan oleh Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) pada Majlis Perasmian Penutup 2nd ITEC 2023 hari ini. Manakala, Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan pada 11 Oktober 2023 oleh Dr Ir. Idham Kamil, Pengarah Politeknik Negeri Medan (POLMED), bertempat di Politeknik Negeri Medan, Indonesia secara atas talian. Persidangan ini telah disertai oleh 110 orang pembentang dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia termasuk Politeknik Negeri Medan, Indonesia, Pakistan dan juga Thailand.
Dr. Haji Mohd Zahari Ismail berucap, pada masa ini, terdapat lebih 1,000 institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia yang terdiri daripada Politeknik, kolej Komuniti, institut Latihan, dan institusi pengajian tinggi lain. Institusi TVET ini memberi tumpuan kepada pendidikan teknikal dan vokasional untuk menyediakan kemahiran bagi pekerjaan dalam industri. Namun begitu, disebabkan krisis ekonomi yang kita hadapi hari ini, graduan TVET menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai yang memenuhi jangkaan mereka. Inilah masanya kita perlu mengintegrasikan TVET dan keusahawanan kerana dengan memupuk keusahawanan, program TVET boleh memperkasakan pelajar untuk mencipta perniagaan mereka sendiri, membawa kepada penciptaan pekerjaan bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi juga untuk orang lain dalam komuniti mereka. Untuk menyepadukan TVET dan keusahawanan secara berkesan untuk pembangunan mampan, penggubal dasar, institusi pendidikan dan pihak berkepentingan industri harus bekerjasama untuk merekabentuk kurikulum yang relevan dan dinamik, menyediakan rangkaian bimbingan dan sokongan untuk bakal usahawan yang boleh menyumbang secara signifikan kepada kelestarian ekonomi, sosial dan alam sekitar di peringkat tempatan dan skala global.
Melalui ucapan perasmian pembukaan Dr Ir. Idham Kamil, Pengarah Politeknik Negeri Medan (POLMED berkata, persidangan ini adalah perhimpunan antarabangsa yang benar-benar berpendidikan cemerlang dan inovasi dari kedua-dua negara. Melalui persidangan ini, semua peserta berkongsi pengetahuan, kerjasama dan penemuan yang merentasi sempadan serta budaya dan kerana itu beliau memberikan penghargaan yang terbaik dan tahniah buat POLMED dan PKB di atas kejayaan menganjurkan 2nd ITEC 2023.
Sebanyak 110 kertas kerja yang meliputi pelbagai disiplin seperti bidang Kejuruteraan, E- pembelajaran, Pendidikan Vokasional, Sains Sosial, Usahawan, Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Maklumat, Pembelajaran Sepanjang Hayat serta Perniagaan & Pengurusan. 2 kertas penyelidikan daripada kategori TVET dan Keusahawanan akan dipilih dan diumumkan sebagai 4 kertas pentelidikan terbaik secara keseluruhan di akhir persidangan.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup, Gs. Sr Haji Mohd Fikri bin Ismail, Pengarah Politeknik Kota Bharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk di Malaysia berkata untuk melaksanakan konsep “TVET and Entrepreneurship for Sustainable Development” dengan berkesan, sistem pendidikan perlu bekerjasama dengan industri, badan kerajaan dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk mereka bentuk kurikulum yang sejajar dengan keperluan pasaran semasa dan memupuk pemikiran keusahawanan. Penyepaduan ini boleh menyumbang kepada membina tenaga kerja mahir, mencipta pekerjaan, memacu pertumbuhan ekonomi, dan akhirnya mencapai matlamat pembangunan mampan.
Kertas penyelidikan terbaik bagi Kategori TVET berjaya diperolehi oleh En. Mohd Affandi bin Mohd Ali dengan tajuk Formulation And Effects Of Coffee 434 Scented With Different Vegetable Oil To Produce Natural Soap With Eco-Friendly Hygiene For Human daripada Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Johor, Malaysia dan Town Planner Geospatialist Rozaimi Bin Majid dengan tajuk Jejak Hijrah Rasulullah – Analisis Ruangan G.I.S: Menyelusuri Laluan Hijrah Mengikut Ketinggian Kontur daripada Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah, Malaysia.
Bagi kertas penyelidikan terbaik Kategori Keusahawanan berjaya diperolehi oleh Pn. Nur Shahira Mohamad Nor, En. Muhammad Shahril Ghazali and Pn. Nur Syafia Izzah Ismail dengan tajuk Determinants Of Entrepreneurial Intention Among Tvet Students In Politeknik Kelantan daripada Politeknik Kota Bharu, Kelantan, Malaysia dan Pn. Asmahani Binti Mohd Hanapi dengan tajuk Factors Affecting The Adoption Of Digital Payment Services Among Higher Education Students In Malaysia daripada Kolej Komuniti Pasir Mas, Kelantan, Malaysia.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutup delegasi daripada Politeknik Medan yang diketuai oleh Abdul Rahman, En. Che Anuzi bin Yusoff, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah bin Raja Hussin, Pengurus Pusat Penyelidikan dan Inovasi, PKB, Sekretariat Urusetia dan pegawai – pegawai kanan PKB.