30 PESERTA MENYERTAI PROGRAM PEMBERDAYAAN USAHAWAN WANITA TAHUN 2024.

KOLEJ KOMUNITI GERIK
18 December 2024
Komuniti

Gerik: Seramai 30 orang peserta telah terpilih oleh Jabatan pembangunan Wanita Negeri Perak untuk menyertai Kursus Produk Hiliran Berasaskan Buah-Buahan dari Penghasilan Tart Mangga dan Pai Nanas. Kursus yang berlangsung sehari bermula pada jam 8.00 pagi telah berlangsung di Bilik Memasak Kolej Komuniti Gerik.

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Salbiah Binti Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Pembangunan Usahawan & Koperasi Negeri Perak.          

Semasa ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa program ini diadakan adalah bagi melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis kepada kepimpinan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing.

Program Pemberdayaan Usahawan Wanita Tahun 2024 merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri bersama JPW Perak. Kursus Kemahiran ini berasaskan ‘Quick Win’ iaitu kursus jangka pendek yang dapat memberi kesan segera kepada pelatih memulakan perniagaan bagi menjana pendapatan.

Ini juga merupakan sebuah program latihan penjanaan pendapatan. Tujuan program latihan penjanaan pendapatan ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan dan latihan bagi memulakan perniagaan kendiri serta membantu menghubungkan wanita yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan.

Tambahnya lagi, program ini juga membantu melahirkan dan membantu usahawan wanita yang baru dan sedia ada sebagai pelapis dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan agar lebih ramai usahawan wanita yang berjaya, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing dapat dilahirkan.

Salah seorang peserta program yang ditemui iaitu Puan Siti Robayah binti Darus berusia 66 tahun dari Kampung Plang Gerik menyatakan beliau bersyukur kerana telah terpilih bersama-sama 30 orang peserta kursus anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak ini. 

Selepas ilmu yang diperolehi ini beliau bercadang untuk berkongsi dengan masyarakat  di luar sana terutama ibu tunggal untuk membantu mereka menjana pendapatan dengan penghasilan pembuatan kuih tart mangga dan pai nanas. Permintaan kuih ini amat tinggi terutama bila tiba musim perayaan.       

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti