30 warga POLIMAS berbakti di Pondok Tahfizzul Quran Al-Asyraffiah, Thailand

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
18 December 2024
Umum

Jendelamadani.net, 24 Julai 2024

Seramai 30 warga Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah mengikuti Program Jaulah Mahabah Ulama Nusantara di Pondok Tahfizzul Quran Al-Asyraffiah Nako Hulu, PA Bhon Khok PO, Thailand baru-baru ini.

Program yang berlangsung dari 12 hingga 14 Julai 2024 ini melibatkan pensyarah serta komuniti dari Persatuan Kebajikan Pusat Islam POLIMAS yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Pusat Islam POLIMAS.

Pengarah Program, Mohd Saad Mohd Said yang turut serta dalam program ini berkata, ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada warga POLIMAS untuk mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan.

Katanya, sekaligus memberi peluang kepada warga POLIMAS untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.

Selain itu katahya, ia juga dapat mewujudkan jalinan ukhwah antara warga POLIMAS dengan penghuni di maahad tahfiz berkenaan.

BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT

“Warga perlu berbakti kepada masyarakat dengan menggunakan ilmu yang dipelajari dan dimiliki agar diberkati oleh Allah,” katanya.

Salah seorang warga POLIMAS yang terlibat dalam program ini Mohd Firdaus Mohd Mokhtar berkata, program ini berjaya menambah ilmu dalam kalangan pelajar supaya mereka tidak kekok lagi pada masa akan datang untuk memberi khidmat bakti kepada masyarakat.
Rakannya, Mohamad Rizal Mohamad Taib berpendapat, banyak perkara baharu dapat dipelajari.

Beliau berharap hasil pengalaman ini dapat dijadikan panduan untuk memajukan diri.
 
Manakala Ketua Gerak Kerja, Shaiful Nizam pula berkata, dengan aktiviti yang diadakan ini, dapatlah mengeratkan hubungan antara POLIMAS dan Pondok Tahfizzul Quran Al-Asyraffiah.

Beliau berkata, sekaligus membuktikan hubungan sesama Islam memang tiada batas sempadan. – JM

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti