4 pelajar PUO berjaya merangkul tempat kedua dan ketiga dalam Pertandingan BIM di Guizhou Polytechnic of Construction sempena Program China-Asean Education Coorperation Week

POLITEKNIK UNGKU OMAR
27 August 2024
Aktiviti Pelajar

China, 22 Ogos 2024 – Lima pelajar Politeknik Ungku Omar telah mewakili delegasi Malaysia ke Pertandingan Building Information Modelling (BIM) di Guizhou Polytechnic of Construction dan 2 orang daripadanya telah berjaya merangkul tempat kedua sementara 2 pelajar pula di tempat ketiga. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program China-Asean Education Coorperation Week yang berlansung mulai 20 hingga 24 Ogos 2024 di Guizho, China.

Pelajar- pelajar terbabit adalah dari Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam dan program Diploma Senibina. Ianya turut dihadiri oleh seorang pensyarah pengiring iaitu Dr Mazlina Bt Alang Othman. Pelajar- pelajar tersebut adalah:

1. Muhammad Luqman Hakim Bin Zan

2. Nurul Huda Afiqah Bt Zambri

3. Carl Wainer Bailon

4. Muhammad Shahrul Mulhim Bin Shahrul Azlan

5. Muhamad Haikal Haqimi Bin Nizam

Program China-Asean Education Coorperation Week pertama kali diadakan pada tahun 2008 dan ianya terus berkembang menjadi platform yang memberi sumbangan positif kepada hubungan China-Asean.Tema pada tahun ini adalah China-ASEAN Year of People-to-People Exchanges dan tumpuan diberikan kepada pertukaran rakyat dengan rakyat, mempamerkan pencapaian terkini dan kerjasama pendidikan China-ASEAN.Ia bertujuan untuk mengembangkan skop projek kebudayaan, mempromosikan model “pendidikan+ inovasi”, dan meningkatkan pembangunan industri melalui kerjasama antara universiti dan institusi penyelidikan. Program ini menganjurkan sekitar 70 aktiviti dan menjemput lebih daripada 1000 tetamu antarabangsa. Salah satu daripada aktiviti tersebut adalah pertandingan BIM yang diadakan di Guizhou Polytechnic of Construction.

BIM adalah proses model 3D yang dijadikan alat untuk merencana, merancang, mengelola, dan mengkonstruksi bangunan serta infrastruktur secara lebih efisien. BIM memungkinkan para profesional di bidang jurutera binaan dan arkitek untuk bekerja secara kolaboratif, mengurangi kesalahan, dan meningkatkan efisiensi sesuatu projek. Teknologi ini memainkan peranan penting dalam transformasi digital industri pembinaan dan ianya boleh digabungkan dengan teknologi lain seperti Internet of Things (IoT), kecerdasan buatan (AI), dan pengkomputeran awan. Bagi pelajar PUO yang menyertai pertandingan ini, sudah pasti ianya membantu meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman praktikal mereka berkaitan teknologi BIM. Pihak PUO merancang untuk terus menghantar pelajar- pelajar ke pertandingan sedemikan rupa bagi memastikan pelajar sentiasa up-to-date dengan perkembangan terkini dalam industri pembinaan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti