450 Orang Sertai Karnival Komuniti @ Kolej Komuniti Bagan Serai

UKK JPPKK
16 September 2022
BERITA, Komuniti

3 September 2022, Bagan Serai – Karnival Komuniti @ KKBSe yang telah berlangsung selama tiga hari, telah dirasmikan penutupannya oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini.
 
Tujuan karnival ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan sosioekonomi dalam kalangan komuniti setempat terutamanya golongan wanita. Terdapat 19 kursus pendek berteraskan pembelajaran sepanjang hayat telah dijalankan, antaranya Kursus Ukiran Buah, Kursus Solekan, Kursus Smartphone Videography dan lain-lain lagi.
 
Dalam majlis ini turut diadakan simbolik Penyerahan Sijil Kolaborasi (CoC) antara 13 buah Kolej Komuniti di Negeri Perak bersama UMP Advanced Sdn. Bhd.
Turut hadir, Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik) JPPKK, Puan Zarina binti Abdul Majid, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Bagan Serai, Encik Mohamad Akhyar bin Haji Mohd Noor, Pengarah Kolej Komuniti Bagan Serai, wakil-wakil pemimpin masyarakat, wakil-wakil agensi kolaborasi dan pengarah-pengarah Kolej Komuniti di Negeri Perak.
 
Kemaskini pada : 3 September 2022 (5.34 pm)

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti