49 ORANG WARGA POLITEKNIK UNGKU OMAR TERIMA APC TAHUN 2023

POLITEKNIK UNGKU OMAR
22 July 2024
Akademik

Ipoh, 18 Julai 2024 – Seramai 49 orang warga Politeknik Ungku Omar diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) POLYCC Zon Perak bagi tahun 2023.

Para penerima diraikan di majlis penyampaian APC yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, PUO, Ipoh yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Perancangan) JPPKK, Muhamad Rumzi Mamat.

Muhamad Rumzi turut menekankan keperluan bekerja dengan dedikasi tinggi, kesungguhan yang luar biasa, dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas. Beliau turut mengingatkan bahawa APC bukanlah satu-satunya kayu ukur kecemerlangan namun warga tetap boleh menyumbang dalam pelbagai sudut sebagai usaha ke arah Malaysia Madani.

Penganjuran majlis ini memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam POLYCC Zon Perak yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang tahun 2023. 

Pemberian APC memberikan impak positif serta meningkatkan motivasi warga POLYCC dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang cemerlang selaras dengan halatuju Kementerian dan kerajaan. Penganugerahan ini sejajar dengan usaha berterusan untuk mengangkat martabat Pendidikan TVET ke tahap yang lebih tinggi.  

Penerima APC akan menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah wang tunai bernilai RM 1,000.00.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti