8 Aktiviti Sempena Bulan Kemerdekaan Dapat Tingkatkan Semangat Patriotik

KOLEJ KOMUNITI SEBERANG JAYA
30 September 2024
Aktiviti Pelajar

Kolej Komuniti Seberang Jaya dengan Kerjasama Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program Semarak Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia 2024 buat julung kalinya.  Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini yang bertemakan “Jiwa Merdeka”, Kolej Komuniti Seberang Jaya telah mengambil inisiatif dalam melaksanakan program ini bagi tahun 2024.  

Program Semarak Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia kali ini bagi peringkat Kolej Komuniti Seberang Jaya bersama-sama Kolej Komuniti Negeri Pulau Pinang diserikan dengan beberapa program yang telah dijalankan antaranya; Pertandingan Fotografi Kemerdekaan, Pertandingan Video Kemerdekaan, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Penghayatan Kemerdekaan, Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik dan Merekacipta Kad Ucapan Merdeka & Hari Malaysia. Program ini melibatkan 6 kolej komuniti negeri Pulau Pinang dengan penyertaan seramai 331 orang pelajar dan staf kolej.

Selaras dengan matlamat Pendidikan Nasional untuk melahirkan generasi Malaysia yang menghayati nilai dan semangat patriotik, berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu di samping menyemai semangat dalam diri setiap warga Malaysia yang cintakan tanah air dan keharmonian pelbagai kaum. Program ini dijangka dapat memupuk semangat cintakan tanah air dan sebagai inspirasi kepada para pelajar dalam memahami perjuangan orang-orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan negara.

Majlis penutup Program Semarak Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia dirasmikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya Ts Hj Husaini Aza bin Mohd Adam. Dalam ucapannya beliau menyeru “semua warga Kolej Komuniti untuk menzahirkan rasa cinta kita kepada negara dan kemerdekaan yang kita kecapi ini dengan lebih meluas.  Selain mengibarkan jalur gemilang, mahupun mempamerkan semangat patriotik, kemerdekaan ini perlulah dihargai dengan memastikan 6 nilai teras utama Malaysia Madani ini dapat dilaksanakan dan dicapai demi kemakmuran dan kemajuan Malaysia.”

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti