Keratan Akhbar : Siswazah IPT perlu jauhi rasuah

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
07 March 2024
Utusan Malaysia

Utusan, 28 Ogos 2023

SHAH ALAM, 28 Ogos 2023 – Para siswazah institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan memasuki pasaran pekerjaan selepas menamatkan pengajian mereka dinasihat supaya sentiasa berpegang dengan nilai integriti yang tinggi.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Alias Salim berkata, mereka perlu mencari pekerjaan yang baik dan menjauhi amalan rasuah ketika menjalankan tugas mereka.

Menurutnya, amalan rasuah satu jenayah yang bukan sahaja merosakkan mereka tetapi juga boleh memusnahkan negara.

“Empayar Melayu Melaka jatuh kerana pemimpinnya terbabit dengan rasuah,” katanya selaku tetamu kehormat pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-24 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) di sini kelmarin.

Majlis tersebut berlangsung dua hari melibatkan 1,571 graduan yang berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah, diploma dan sijil di politeknik tersebut.

Dalam pada itu kata Alias yang turut menyampaikan sijil kepada graduan terlibat, beliau berbangga dengan kebolehpasaran yang tinggi graduan politeknik tersebut yang mengikuti pengajian berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, graduan ijazah politeknik tersebut mencapai kebolehgraduan sehingga 100 peratus manakala diploma 98.3 peratus. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti