Keratan Akhbar : Polisas rai 33 anak yatim dan asnaf

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
07 June 2024
Sinar Bestari

Sinar Bestari, 29 Mac 2024

Bulan Ramadan di Malaysia sangat sinonim dengan aktiviti berbuka puasa bersama-sama anak yatim dan asnaf.

Berikutan itu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) melalui Badan Beruniform Pandu Puteri Klover Polisas dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) cawangan kecil Polisas meraikan anak-anak yatim dan asnaf di Majlis Iftar Santunan Rumah Kebajikan Baitul Husna, Kampung Pelindung, Kuantan.

Pengarah Polisas, Hisamudin Mohd Tamim berkata, program ini dilaksanakan sebagai inisiatif bagi meraikan dan menceriakan penghuni rumah kebajikan berkenaan di samping mengeratkan lagi silaturrahim antara institusi ini dengan komuniti setempat.

“Seramai 33 penghuni dari rumah kebajikan ini diraikan dengan penuh meriah dalam majlis yang juga program tradisi anggota Pandu Puteri sempena Ramadan. Mereka juga turut diberikan sumbangan berupa duit raya dan beg cenderahati,” katanya kepada Sinar Bestari, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Setiausaha Kehormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang, Razana Fatin Abdullah@Razali; Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Polisas, Huzaimah Hussin; Penolong Pengurus Rumah Kebajikan Baitul Husna, Zuraida Ismail; Timbalan Pengarah Akademik Polisas, Wan Zuraida Wan Yusoff serta Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Polisas, Azad Muslim Muhammad.

Hisamudin berkata lagi, turut disampaikan sumbangan dana bernilai RM1,800 bagi menampung perbelanjaan pengoperasian Rumah Kebajikan Baitul Husna itu.

“Dana ini sebenarnya dikumpul oleh para pelajar Polisas bagi kursus MPU 24801, MPU24701 dan MPU24201 iaitu kursus bagi memenuhi keperluan kandungan kursus Pandu Puteri iaitu kemahiran kepimpinan dan pengurusan dan pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Kutipan dana dan perbelanjaan majlis ini diperolehi antaranya daripada warga Polisas, perseorangan serta sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Kuantan,” ujarnya.

Selain itu, turut diadakan program Motivasi Menara Gading sebagai pendedahan awal kepada proses pembelajaran di politeknik khususnya

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti