iPITEC 2024 ketengahkan inovasi dan penyelidikan TVET

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
15 July 2024
Uncategorized

Shah Alam, 15 Mei 2024 – Sebanyak 80 produk inovasi dan 91 kertas pembentangan dari 5 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Australia dan Afghanistan berjaya diketengahkan dalam International PSA Innovation, Technology, Engineering & Commercialization Conference (IPiTEC) 2024.

Mengangkat tema ‘From Inspiration to Implementation: Cultivating a Culture of Innovation and Commercialization in Higher Education’,iPITEC 2024 memfokuskan tujuh bidang utama iaitu kejuruteraan dan teknologi, sains sosial dan inovasi sosial, teknologi hijau, pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), hospitaliti dan pelancongan, perdagangan dan pengurusan serta kesihatan dan bioteknologi.

Menurut Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman, iPITEC bertujuan memperkasa dan membudayakan pendidikan dan penyelidikan teknikal dalam kalangan ahli akademik serta pelajar.

“Institusi pendidikan dan penyelidikan memainkan peranan yang penting dalam memupuk ekosistem ini sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara yang lebih mampan,”

“Justeru kita juga berharap kajian serta inovasi yang diketengahkan ini dapat diimplimentasi dan dikomersialkan seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat.”

iPITEC 2024 yang dilaksanakan secara dalam talian bermula 14 hingga 15 Mei 2024 merupakan program anjuran Persatuan Kedoktoran Teknikal Malaysia (MTDA) dengan kerjasama Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Universitas Pamulang (UNPAM), Indonesia.

Selain Ts. Dr. Ahmad Aftas, Reaktor UNPAM Dr. E Nurzaman, Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Brunei Darussalam Norjemee Jenek dan Asaf Dori dari University of Sydney, Australia dijemput bagi menyampaikan ucaptama.

Majlis perasmian dan penutup telah disempurnakan oleh Pengerusi MTDA Ir. Dr Mohamad Tarmizi Abu Seman.

Dalam majis tersebut, Aplikasi Penderia dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Memperkasakan Pertanian oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah telah dinobatkan sebagai inovasi terbaik diikuti Aircraft Emergency Exit Door Alerting System (Politeknik Banting Selangor) dan DBM10013 Mathescape: Castle Equations – A Gamified Journey Through Mathematical Realms (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti