KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PELAJAR PUSAT ISLAM POLITEKNIK MERLIMAU SESI 1: 2024/2025 DI MASJID AL-HILAL, PANTAI ROMBANG, TANJUNG KLING

POLITEKNIK MERLIMAU
30 September 2024
Uncategorized

TANJUNG KLING, 24 Julai – Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) Politeknik Merlimau telah menganjurkan Kursus Kepimpinan di Masjid Al-Hilal, Pantai Rombang, Tanjung Kling telah melibatkan 18 ahli Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam (JPPI) PMM. Kehadiran pelajar disambut oleh Haji Ismail bin Hj Mohd Yunus selaku Pengerusi Masjid Al-Hilal Pantai Rombang bersama ahli jawatankuasa Masjid.

Bengkel telah dikendalikan oleh Encik Hasbullah Bin Mustafar serta diiringi oleh Ustaz Mohd Lokman Bin Ahmad selaku Pengerusi Pusat Islam dan Ustaz Mohd Haikal ‘Akashah Bin Md Nor selaku Timbalan Pengerusi Pusat Islam. Pendedahan kepada pelajar berkaitan teori dan praktikal kepimpinan sebagai langkah penambahan ilmu dan peningkatan kemahiran dalam memimpin organisasi, merencanakan strategi dan merancang struktur organisasi bagi mencapai matlamat organisasi. Penekanan juga diterapkan kepada pembentukan keperibadian yang berdisipin, unggul dan cekap dalam menggerakkan organisasi.

Pelajar-pelajar juga melakuan khidmat sosial membersih dan mengemas Masjid Al-Hilal dan halaman masjid. Pengerusi Masjid menyampaikan terima kasih kepada Politeknik Merlimau kerana memilih masjid Qariah tersebut sebagai destinasi program dan berharap program ini akan diteruska pada masa kana datang. Melalui program sebeginilah pelajar boleh mendapatkan pengalaman juga meningkatkan keterlibatan pelajar dalam membangun masyarakat setempat.

Diharapkan pelajar dapat memperoleh pengalaman berharga melalui program ini dan keterlibatan pelajar dalam masyarakat setempat sangat penting untuk membina hubungan antara Institusi Pendidikan dengan masyarakat.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti