Keratan Akhbar : Gotong-royong bersihkan bangunan warisan

POLITEKNIK UNGKU OMAR
07 October 2024
Utusan Malaysia

[Liputan Berita]

Utusan Malaysia | 5 Oktober 2024 | Gotong-royong bersihkan bangunan warisan

Seramai 30 orang pelajar Diploma Senibina dan 5 orang pensyarah Program Senibina Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (PUO) telah menyertai Program Gotong Royong Rumah Raja Bilah, Papan, Batu Gajah, Perak anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) Zon Tengah dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Negeri Perak serta Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) yang telah berlangsung pada 26 September 2024 (Khamis).

Objektif program ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan sejarah dan senibina yang terdapat pada Bangunan Rumah Raja Bilah, dan memberi kefahaman kepada setiap peserta terhadap isu-isu yang terkait dalam konteks pemuliharaan bangunan warisan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Encik Mohamad Razif bin Ramli Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG). Turut diadakan Sesi Bicara Warisan oleh Waris Raja Bilah dan Sesi Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Panel Bicara Warisan dan Peserta Program.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti