Sijil Profesional KNX: Tingkatkan kompetensi tenaga pengajar POLYCC

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
05 December 2024
Bernama, KERATAN AKHBAR

5 Disember 2024, Kuala Lumpur – Pengarah Pengarah Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) Zainah Rujihan bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik PSA Ts. Norazlina Jaafar telah diundang sebagai tetamu jemputan program bual bicara ‘Apa Khabar Malaysia’ Bernama TV bagi membicarakan mengenai ‘KNX : Tingkatkan Kompentasi Tenaga Pengajar POLYCC’.

Dalam rancangan tersebut, Zainah menjelaskan mengenai Program Pensijilan Profesional KNX-POLYCC – Building Automation System Installation serta peranan KNX Certified Training Centre dan Pusat Bertauliah PSA.

Manakala Ts. Norazlina yang juga merupakan peserta program Pensijilan Professional KNX-POLYCC sempat berkongsi pengalaman beliau serta keistimewaan program tersebut khususnya kepada pelajar yang bakal melangkah ke alam pekerjaan.

Program ‘Apa Khabar Malaysia’ yang dipancarkan secara langsung bermula jam 9 hingga 10 pagi itu dikendalikan oleh hos Izu Yusof dan Nurul Hidayah Umol.

Pada 2 Disember 2024, seramai 111 tenaga pengajar pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menerima sijil profesional KNX sempena Majlis Penganugerahan Pensijilan Profesional KNX-POLYCC yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi pernah direkodkan di peringkat antarabangsa sebagai tutor paling ramai ditauliahkan sijil profesional KNX dalam satu majlis sekali gus dicatatkan dalam Malaysia Book of Record.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dato’ Dr. Mohd Zahari Ismail hadir merasmikan majlis. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia Sutekno Ahmad Belon, Pengarah Kanan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Mohd Fathullah Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif Seikou Systec Sdn. Bhd. Ts. Siew Peng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif KNX Belgium Heinz Lux serta wakil-wakil daripada institusi TVET dan industri.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti