China, 10 Disember 2024 – PUO telah dijemput untuk menjadi ‘supporting unit’ untuk ‘2nd China-ASEAN International Competition of Water Resources and Electric Power’ dengan tema ‘ Promoting Peace through Water, Protecting Water Resources’ yang dianjurkan oleh Guangdong Polytechnic of Water Resources and Electric Engineering. Sebagai ‘supporting unit’, PUO turut bertindak sebagai agen untuk mencari peserta-peserta dari Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Selain dari negara-negara ini dan China, terdapat juga peserta dari Bangladesh, Rwanda, Belarus, Slovakia dan Azerbaijan.
Pertandingan dijalankan secara atas talian dan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu penghasilan poster mengikut tema pertandingan dan juga kuiz. Setiap penyertaan perlu membentuk kumpulan yang terdiri daripada 3 pelajar dan seorang penasihat.
PUO telah menghantar 2 kumpulan untuk pertandingan ini dan salah satu kumpulan yang diselia oleh Puan Azizah telah berjaya menduduki tempat ketiga. Manakala, Kumpulan yang diselia oleh Dr Mazlina telah menerima hadiah saguhati.
Majlis penutup telah diadakan secara fizikal dan juga diatas talian melalui platform ZOOM. Puan Nor Fadzlinda selaku pengawai pengantarabangsaan PUO telah dijemput untuk mewakili PUO ke majlis penutup di Guangdong Polytechnic of Water Resources and Electric Engineering, Guangzhou pada 8 Disember 2024.