
LANGKAWI – Anugerah Kecemerlangan Sukan Politeknik (POLYSEA) 2024 anjuran Majlis Sukan Politeknik (MSP) terus mengiktiraf kecemerlangan atlet Politeknik Malaysia di pelbagai peringkat termasuk Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA), Sukan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT), Sukan Malaysia (SUKMA) serta kejohanan antarabangsa seperti Asian University Games (AUG) dan World University Games (WUG).
POLYSEA berperanan sebagai pemangkin pembangunan sukan di politeknik serta platform penghargaan kepada atlet, jurulatih dan pegawai yang telah mengharumkan nama institusi masing-masing. Pada edisi kali ini, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) bertindak sebagai tuan rumah dengan mempertandingkan pelbagai kategori termasuk Olahragawan, Olahragawati, Atlet Harapan, Atlet Paralimpik, Jurulatih Terbaik, Pengurus Terbaik, Pasukan Terbaik serta Anugerah Khas MSP.
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) berjaya tersenarai dalam pencalonan Anugerah Pasukan Lelaki Terbaik untuk e-sukan manakala pegawainya, Encik Amirul Zaharin bin Yusoff dicalonkan dalam kategori Anugerah Pengurus Terbaik Politeknik Malaysia untuk e-sukan. Sementara itu, atlet e-sukan Muhammad Danish Danial Bin Hairi yang mewakili Politeknik Nilai (PNS) dinobatkan sebagai Atlet Paralimpik Terbaik.
Encik Amirul Zaharin ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berbesar hati atas pencalonan tersebut.
“Pencalonan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi tetapi bukti bahawa usaha membangunkan e-sukan di politeknik semakin mendapat tempat. Saya percaya sukan ini mampu berkembang lebih jauh dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan dan pihak pengurusan PTSB atas sokongan berterusan dalam memperkasakan e-sukan di peringkat POLYCC.
Pencapaian ini membuktikan keupayaan PTSB sebagai Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) E-Sukan untuk bersaing setanding dengan sukan lain dalam POLYSEA. Diharapkan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin kepada pencapaian lebih cemerlang dalam edisi akan datang.
Foto & Pelaporan:
Pusat Kecemerlangan Atlet (PKAT) PTSB
#PKAT
#POLYSEA2024
#GengPOLYCC
#PoliteknikMalaysia