Festival TVET 2025 (FesTVET 2025) Meriah di Jitra, Kedah

KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN
05 May 2025
Akademik, Aktiviti Pelajar, Komuniti, Penyelidikan dan Inovasi, Umum

30 April 2025- FesTVET 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2025 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman dan Dewan Tunku Anum, Jitra, Kedah. Festival ini dianjurkan bagi meraikan serta mempromosikan kepentingan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), dengan menghimpunkan para penggiat TVET melalui pelbagai aktiviti berbentuk pertandingan dan perkongsian ilmu. Program ini turut menjadi platform penting untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai inisiatif dan peluang dalam bidang TVET.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang festival ini, termasuk Seminar Penyelidikan, Penulisan Ilmiah dan Inovasi, Pertandingan Sumo Robot, serta Pertandingan Keusahawanan. Penyertaan program ini melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik, kolej komuniti, dan sekolah menengah dari seluruh Negeri Kedah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Zamzam Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Bilangan Penyertaan Mengikut Aktiviti:

1. Pembentangan Penyelidikan dan Penulisan Ilmiah

• Seramai 52 orang pembentang

2. Inovasi

• Kategori Terbuka: 87 peserta (29 inovasi)

• Kategori IPT: 42 peserta (14 inovasi)

• Kategori Sekolah: 16 peserta (4 inovasi)

3. Pertandingan Sumo Robot

• Kategori Sekolah: 14 sekolah (21 pasukan), 44 pelajar

• Kategori PolyCC: 7 politeknik/kolej komuniti (9 pasukan), 18 pelajar

Senarai Pemenang Pertandingan Inovasi (SPPIP)

Inovasi Terbaik – Kategori Pelajar Sekolah

• Tempat Pertama: Tong Sampah Mesra Pengguna – Sekolah Rendah Islam III, Felda Chuping

• Tempat Kedua: Prototip MyDiginot bagi Sekolah Menengah sebagai Persediaan Peperiksaan SPM – Sek. Men. Bandar Baru Darulaman

• Tempat Ketiga: Code Playground – Sek. Men. Keb. Tanjung Pauh

Inovasi Terbaik – Kategori Pelajar IPT

• Tempat Pertama: Sistem Jualan SBU – KKBDA

• Tempat Kedua: MCB Portable – KKBDA

• Tempat Ketiga: Waffle Api-Api – KKBDA

Inovasi Terbaik – Kategori Terbuka

• Tempat Ketiga: Pembangunan Sistem Pemantauan KPI (eChecker) – Politeknik Metro Tasek Gelugor

Senarai Pemenang Pertandingan Sumo Robot

Kategori PolyCC

• Johan: Kolej Komuniti Bandar Darulaman (A)

• Naib Johan: Kolej Komuniti Arau

• Tempat Ketiga: Kolej Komuniti Bandar Baharu

Kategori Sekolah

• Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba (B)

• Naib Johan: Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (B)

• Tempat Ketiga: Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (A)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan berterusan dalam menjayakan program ini, khususnya kepada jawatankuasa pelaksana, para pelajar, peserta, juri, rakan industri, serta komuniti setempat. Sokongan dan kerjasama anda amat kami hargai.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan FesTVET 2025. Kepada yang belum berjaya, teruskan usaha dan jangan berputus asa. kita jumpa lagi tahun hadapan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti