Pensyarah Kolej Komuniti Arau Tembusi Peringkat Akhir Lomba Fesyen Antarabangsa

KOLEJ KOMUNITI ARAU
14 May 2025
Akademik, BERITA, Industri, Kolaborasi, Penyelidikan dan Inovasi, Umum

Pensyarah Program Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) dari Kolej Komuniti Arau, En. Mohd Imran Bin Ahmad Kamal telah diberi penghormatan untuk mewakili Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dalam sebuah acara lomba fesyen berprestij, dan berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir sebagai salah seorang finalis, menduduki tempat ke-11 daripada 80 penyertaan.

Membawakan koleksi yang berkonsepkan kasual konsepsual, En. Mohd Imran menampilkan rekaan yang menepati tema paradoxal, iaitu gabungan elemen yang tampak bertentangan namun menghasilkan ekspresi fesyen yang unik dan menarik. Koleksi beliau menonjolkan keberanian dalam bereksperimen dengan potongan moden, tekstur berbeza, serta palet warna yang tidak konvensional.

Penyertaan ini bukan sahaja memperkukuh nama Kolej Komuniti Arau dalam bidang fesyen, tetapi juga menjadi platform untuk menonjolkan bakat pensyarah tempatan ke peringkat antarabangsa. Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan kreativiti warga pendidik tempatan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Semoga terus maju dan menjadi inspirasi kepada semua!

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti