
SIK – Kumpulan pelajar semester 2 dengan produk inovasi Choco Vege telah berjaya meraih pingat emas dan juara keseluruhan dalam Pertandingan Inovasi Pelajar Kolej Komuniti Sik 2025 (InovaSIK 2025) pada 11 Mei 2025 lalu. Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Sik.
Sebanyak 11 kumpulan daripada pelajar-pelajar semester 1 hingga 3 telah berentap dalam pertandingan ini. Dengan berkonsepkan “From Farm to Table”, semua kumpulan telah menonjolkan idea-idea yang bernas dalam penghasilan inovasi makanan.
Kumpulan Choco Vege adalah dibawah bimbingan pensyarah En Muhammad Zakwan bin Mohamad Zakaria bersama 4 orang pelajar iaitu, Muhammad Izzat Hafiz, Nur Elya Ayuni, Nur afikah dan Nur Suhaila.
Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Pumpkind dari pelajar semester 3 dan tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Bitezy dari pelajar semester 2.
Seiring dengan salah satu daripada 7 Fokus Utama POLYCC, iaitu Penyediaan Bakat TVET Negara, Unit Penyelidikan dan Inovasi menyasarkan pertandingan inovasi pelajar ini mampu meningkatkan keyakinan dalam diri dan kemampuan pelajar untuk berfikir luar kotak bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat, selaras dengan agenda negara untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development). Dengan pelaksanaan agenda tersebut, pelajar mampu menjadi penyedia kerjaya berbanding pencari kerja suatu hari nanti.