Atlet PTSB Dominasi Arena e-sukan Zon Utara

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
21 May 2025
Aktiviti Pelajar, Komuniti, Sukan, Umum

PERMATANG PAUH – Prestasi pasukan e-sukan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) sekali lagi menyerlah apabila muncul juara dalam Kejohanan Battle Arena University Series 1/2025 – Raya Royale Humble bertempat di UiTM Kampus Permatang Pauh, baru-baru ini.

Pasukan PUBG PTSB berjaya menewaskan kesemua lawan yang terdiri daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dari zon utara sekali gus mempamerkan kebolehan mereka dalam arena e-sukan.

“E-sukan adalah medan strategik untuk melatih pelajar menjadi lebih cekap, fokus dan berdaya saing,” kata Haji Ahmad bin Jaafar, Timbalan Ketua Pustakawan UiTM Kampus Permatang Pauh dalam ucapannya.

Beliau turut menyatakan bahawa penyertaan aktif pelajar dalam e-sukan boleh menjadi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah mereka selain membuka laluan ke arah kerjaya profesional dalam industri teknologi digital.

Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pelajar PTSB bukan sahaja berpotensi cemerlang dalam akademik malah berkemampuan dalam bidang kokurikulum yang mengasah kemahiran digital dan pemikiran kritis mereka.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti