Atlet MuaiThai Kolej Komuniti Kuala Pilah Terima Tajaan MASKOM Bernilai RM1,500

KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH
25 June 2025
Aktiviti Pelajar, Sukan, Umum

Kuala Pilah, 20 Jun 2025 – Seorang pelajar dari program Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih, Muhammad Haziq Muslihin bin Roslan yang lebih dikenali di gelanggang dengan nama AyutaMeru, telah menerima tajaan berbentuk wang tunai sebanyak RM1,500.00 daripada Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM).

Penyerahan tajaan telah disampaikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuala Pilah, Puan Megawati binti Muhamad dalam satu majlis ringkas yang berlangsung Kolej Komuniti Kuala Pilah.

Tajaan ini merangkumi:

  • Pembelian kelengkapan pertandingan.
  • Pembayaran yuran penyertaan kejohanan.
  • Bantuan pengurusan kebajikan atlet dalam beberapa perlawanan yang akan disertai.

Untuk makluman, penglibatan Muhammad Haziq dalam arena sukan Muay Thai dijalankan dengan kerjasama Bullet MuayThai, sebuah kelab sukan tempur yang berpangkalan di Rembau, Negeri Sembilan. Kerjasama ini memberi ruang kepada pelajar menjalani latihan secara profesional dan menyertai kejohanan di peringkat lebih tinggi.

Muhammad Haziq dijangka akan terus aktif mewakili Kolej Komuniti Kuala Pilah dalam beberapa siri pertandingan Muay Thai peringkat kebangsaan sepanjang tahun ini. Pihak kolej merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MASKOM dan Bullet MuayThai atas sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan pelajar dan pengasahan bakat muda tempatan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti