MAJLIS MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LOI) ANTARA KOLEJ KOMUNITI ARAU (KKA) DAN MALAYSIA TEXTILE AND APPAREL CENTRE (MATAC)

KOLEJ KOMUNITI ARAU
25 June 2025
BERITA, Industri, Kolaborasi, Umum

Ampang, 17 Jun 2025 – Satu Majlis Menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Kolej Komuniti Arau (KKA) dan Malaysia Textile and Apparel Centre (MATAC) telah berlangsung dengan penuh bermakna pada hari ini bertempat di pusat tekstil dan pakaian Malaysia@ Malaysia Textile and Apparel Centre Office, Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis bersejarah ini menyaksikan pemeteraian hasrat kerjasama strategik antara dua pihak penting dalam bidang pendidikan dan industri tekstil negara. Letter of Intent tersebut telah ditandatangani oleh Presiden MATAC, Mr. Tan Shong Shui dan Pengarah Kolej Komuniti Arau, Tuan Haji Rosnizam bin Kamis.

Kerjasama ini bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang dalam pelbagai bidang utama seperti perkongsian kepakaran, peralatan dan kemudahan fasiliti, perundingan dalam pembangunan kurikulum, latihan dan pensijilan yang berkaitan, pembangunan program pembangunan insan yang menyeluruh, penyelidikan bersama, penerbitan akademik, inovasi dan aktiviti pengkomersialan, pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan usahawan tempatan serta pelbagai program kolaborasi lain yang akan dipersetujui secara bersama dari semasa ke semasa.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Mohd Azha Bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik KKA dan Encik Mohd Imran Bin Ahmad Kamal, Pensyarah Utama Program Fesyen dan Pakaian KKA yang turut memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha kerjasama ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Tuan Haji Rosnizam menyatakan bahawa kerjasama ini selari dengan aspirasi KKA untuk memperkasakan pendidikan TVET serta menyediakan platform yang lebih luas kepada pelajar untuk menerokai peluang dalam industri tekstil dan pakaian. “Semoga kerjasama ini akan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak, sekaligus memperkukuh lagi ekosistem pendidikan dan latihan TVET negara,” ujar beliau.

Majlis ditutup dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai simbolik kepada permulaan sinergi yang diharapkan dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berdaya saing dalam industri fesyen dan tekstil Malaysia.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti