5 Jun 2025, Kajang – Dalam usaha memperkukuh jaringan strategik antara institusi pendidikan dan agensi keselamatan, Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membincangkan potensi kerjasama dua hala yang lebih mampan.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengarah KKHL Ts. Nizam Mohd Nasir disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Kajang YDH ACP Naazron Abdul Yusof serta barisan pegawai kanan IPD Kajang.
Dalam pertemuan tersebut, Ts. Nizam menyampaikan taklimat ringkas mengenai perancangan strategik dan hala tuju KKHL antaranya melibatkan aspek pentadbiran, pembangunan serta kebajikan pelajar.
“Diharapkan kunjungan ini menjadi titik mula kepada lebih banyak bentuk usahasama dengan penglibatan kedua-dua belah pihak pada masa akan datang,” ujar Ts. Nizam ketika ditemui.
Hadir mengiringi delegasi KKHL ialah Timbalan Pengarah Akademik Ahmad Zuhaidy Muhammad, Ketua Unit Komunikasi Korporat Siti Masliza Mohd Nawi dan Pegawai Hal Ehwal Pelajar Tilkavati a/p Muthusamy.
Turut hadir Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Kajang DSP Suraiya Ahmad, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah DSP Ahmad Sobri Amir Salim dan Ketua Polis Balai Kajang Inspektor Shisheewady Ruzani