Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2025/2026 Kukuhkan Asas Jati Diri Pelajar Baharu KKA & KKACK

KOLEJ KOMUNITI ARAU
19 August 2025
Aktiviti Pelajar

Arau, 5 Ogos 2025 – Minggu Transformasi Siswa (MTS) Sesi I 2025/2026 bagi pelajar baharu Kolej Komuniti Arau (KKA) dan Kolej Komuniti Arau Cawangan Kangar telah berlangsung dengan penuh semangat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Perlis baru-baru ini.

Pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telah dirangka bagi membekalkan pelajar baharu dengan maklumat penting serta pendedahan awal terhadap kehidupan kampus. Antara slot yang dijalankan termasuklah Taklimat Keselamatan Pelajar dan Bangunan, Taklimat Bantuan Kewangan, Taklimat Psikologi, Taklimat Peperiksaan, Taklimat Dasar Kualiti KKAP, Taklimat Keusahawanan, Senam Cergas MTS serta Taklimat Sistem Pengurusan Akademik Kolej (SPAK).

Turut diadakan ialah Program Kesihatan Pergigian: TW1ST Oral Health Day, Taklimat Insurans, Taklimat Latihan Industri (LI) dan Alumni, Taklimat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Slot Bersama Ketua Program dan Penasihat Akademik serta Taklimat OBE (Outcome-Based Education).

MTS kali ini turut menekankan aspek kesihatan dan kepimpinan melalui program seperti Tomorrow Leader’s: Saringan Penyalahgunaan Dadah dan Air Ketum bersama AADK Negeri Perlis serta program Kelab dan Persatuan melibatkan Bengkel Asas Menyelamat dan Asas Ikatan oleh PISPA.

Selain itu, pelajar juga diberikan pendedahan awal mengenai tanggungjawab sebagai pelajar terhadap peraturan dan undang-undang kampus, serta slot Taklimat Kesihatan Remaja dan Saringan HIV selari dengan usaha membentuk pelajar yang lebih sihat, berdisiplin dan berwawasan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jawatankuasa pelaksana dan penceramah yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai yang diperoleh dapat menjadi landasan kepada pelajar untuk terus berdikari, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran dunia pembelajaran di peringkat kolej.

Semoga semua pelajar baharu dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu, membina jaringan persahabatan yang kukuh serta terus komited mengejar kecemerlangan akademik dan sahsiah diri.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti