
Oleh: Ts. Noorul Amilin binti Saipudin
JITRA – Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) melakar pencapaian membanggakan apabila pasukan inovasinya berjaya meraih pingat perak di Pertandingan International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (ICOMPEX 2025) yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).
Pertandingan berprestij yang menghimpunkan lebih 400 projek daripada pelbagai institusi pendidikan, agensi kerajaan, industri serta penyertaan antarabangsa ini menjadi medan penting untuk memupuk budaya inovasi, mengiktiraf penyelidikan serta memperkukuh peranan TVET dalam pembangunan teknologi.

Kejayaan pasukan PTSB disumbangkan melalui inovasi bertajuk “Paip Penebat Diguna Pakai sebagai Shin Guard bagi Sukan Sepak Raga Tuju” yang dihasilkan oleh
Menurut ketua projek, Ts. Faizatulhaida Binti Md Isa, inovasi tersebut memberi tumpuan kepada perlindungan bahagian atas kaki pemain, khususnya bagi mengurangkan risiko kecederaan dalam sukan tradisional Sepak Raga Tuju.
“Kami berharap ia dapat menjadi penyelesaian praktikal yang bukan sahaja menjaga keselamatan pemain, tetapi turut membantu melestarikan sukan warisan ini,” ujarnya.
Kejayaan ini sekali gus membuktikan kemampuan PTSB melahirkan inovator yang mampu bersaing di peringkat global, di samping memberi inspirasi kepada warga politeknik untuk terus berkarya serta menyumbang kepada pengukuhan TVET sebagai teras pembangunan negara.