
Kolej Komuniti Segamat Johan BATROBOT Coding Challenge 2025!
25 Oktober 2025, Kuantan – Pelajar KKS bukan biasa-biasa!, inilah ungkapan yang sesuai untuk diucapkan kepada pelajar Sijil Teknologi Maklumat, Kolej Komuniti Segamat!!
Kolej Komuniti Segamat sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam bidang TVET apabila muncul JOHAN kategori Kolej Komuniti dalam BATROBOT Coding Challenge 2025, salah satu acara utama Pertandingan Let’s Code Peringkat Kebangsaan 2025.
Kejayaan membanggakan ini disumbangkan oleh pelajar berbakat besar, Adam Danial bin Abdullah, di bawah bimbingan tenaga pengajar berpengalaman, En. Firdaus bin Bachok @ Embok Walang. Turut memainkan peranan penting dalam kejayaan ini ialah Pn. Norhamizah bt Rusli selaku Penyelaras Pertandingan dan En. Khairul Anuar Selamat, Pegawai Pembangunan Pelajar.
Pertandingan yang menggabungkan elemen teknologi, robotik dan pengaturcaraan ini menjadi medan hebat untuk menguji kreativiti, logik serta kecekapan teknikal pelajar dari seluruh negara. Kemenangan ini bukan sahaja mengharumkan nama Kolej Komuniti Segamat, tetapi turut menyerlahkan keupayaan pelajar TVET dalam bidang digital dan automasi masa depan.
Dengan kejayaan cemerlang ini, Kolej Komuniti Segamat menutup tirai penyertaan tahun 2025 dengan penuh gemilang setelah turut aktif dalam pelbagai pertandingan lain seperti FIRA, DICE, ProAlbi, PolyCC Skill dan Cyber Warrior — yang melibatkan penyertaan menyeluruh daripada semua program pengajian.
“Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar Kolej Komuniti mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan bersedia menjadi tenaga mahir digital masa depan negara,” ujar wakil pengurusan KKS.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan atas dedikasi, usaha dan semangat luar biasa yang membawa kejayaan ini!

