Mengira Debit & Kredit Sambil ‘Membilang’ Mata: Yeshveeni, Graduan Akauntansi PTSB Berada di Ranking 496 Dunia

POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
09 November 2025
Akademik, Aktiviti Pelajar, Alumni, BERITA, Sukan, Umum

KULIM, 29 September – Dalam dunia perakaunan, setiap angka mesti seimbang. Dalam badminton, keseimbangan badan dalam mengatur taktikal permainan adalah kunci kemenangan. Bagi Yeshveenii A/P Kalaiselvan, graduan Diploma Akauntansi (DAT) dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB), beliau cemerlang menguasai kedua-dua dunia tersebut.

Tidak cukup dengan pencapaian akademik luar biasa (CGPA 3.98) dan Anugerah Ketua Jabatan selama lima semester berturut-turut, Yeshveenii juga merupakan jaguh di gelanggang. Beliau kini berada di ranking ke-496 dunia dalam acara beregu campuran (BWF), satu pencapaian yang jarang dilihat dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, apatah lagi dari bidang akauntansi.

Beliau yang baru-baru ini memenangi emas di SUKIPT 2024 dan dinobatkan sebagai Atlet Perempuan Terbaik, membuktikan bahawa prestasi kecemerlangan TVET khususnya bakat POLYCC tidak terbatas di dalam kelas.

“Ramai yang terkejut bila tahu saya pelajar perakaunan, mereka bayangkan kami hanya menghadap angka. Tetapi bagi saya, gelanggang badminton adalah pentas terbaik secara peribadi. Fokus yang saya perlukan untuk mengaudit akaun adalah fokus yang sama saya gunakan untuk membaca pergerakan lawan.”

“Di PTSB, pensyarah memahami jadual latihan saya yang ketat dan rakan-rakan pula sentiasa membantu saya mengulang kaji pelajaran. Keseimbangan inilah yang PTSB sediakan,” tambahnya, yang kini melanjutkan pengajian Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya.

Yeshveeni semestinya tampil menjadi pelajar kebanggaan seluruh warga PTSB khususnya Jabatan Perdagangan

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti