
SUARA.TV

JITRA – Tokoh akademik dan pakar geospatial, TPr. Gs. Rozaimi Majid telah diumum dan dinobatkan sebagai Tokoh TVET POLIMAS 2025 pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Hari Akademia Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) 2025 yang berlangsung di Dewan Sri Mas, POLIMAS dekat sini baru-baru ini.
TPr. Gs. Rozaimi dipilih menerima anugerah berprestij dan penghargaan tertinggi ini diberikan kepadanya yang telah membuktikan kecemerlangan luar biasanya dalam bidang pendidikan teknikal negara.
Beliau dilahirkan di Kg. Telok Ara, Jitra pada 31 Ogos 1970, merupakan pensyarah yang telah menabur bakti lebih 22 tahun di POLIMAS, dan kini menjadi antara nama paling dihormati dalam bidang perancangan bandar, GIS dan teknologi geospatial.
Beliau memegang pelbagai peranan penting, antaranya Panel Penaziran Akademik (PeNA), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK); Penggubal Kurikulum Diploma Perancangan Wilayah; Ketua Centre of Technology (COT) POLIMAS; Juruaudit Dalaman ISO; dan Ahli profesional berdaftar MIP, BTPM & IGRSM.
Rozaimi dikenali sebagai antara tulang belakang dalam menaikkan mutu kurikulum dan standard bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang di POLIMAS.
Sepanjang kariernya, beliau telah meraih pelbagai pencapaian cemerlang termasuk, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2010 & 2019); Best Paper Award ITEC’23; Pingat Emas TVET Innovation Idea (PNICC’22); Editor eBook Pemeriksaan Tapak Dalam Perancangan Bandar; Penyelidik projek geran T-ARGS & IPIZ-UUM; dan terlibat dalam Projek Hentian Bas & Teksi POLIMAS
Beliau amat aktif membangunkan video PdP dan melibatkan diri dalam pembinaan Galeri Pusat Kecemerlangan Teknologi Perancangan Bandar Dan Wilayah (CToP)
POLIMAS.
Selain itu, bidang kepakaran beliau merangkumi, Penyelidikan perancangan bandar; Kajian pembangunan luar bandar dan pusat bandar; Teknik susun atur pembangunan; Pembangunan dan Aplikasi GIS; serta Pemetaan Dron (Ortofoto).
Kepakaran ini menjadikan beliau rakan kolaborasi penting bagi agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan institusi penyelidikan.
“Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, ini adalah penghargaan yang amat bermakna. Saya melihat TVET sebagai masa depan pembangunan negara, dan komited untuk terus menerajui bidang geospatial, perancangan dan teknologi baharu bagi manfaat pelajar POLIMAS, ”katanya sejurus menerima anugerah itu.
“Penghargaan tertinggi ini merupakan satu penghormatan besar dan dalam perjalanan saya sebagai tenaga pengajar, penyelidik dan pemimpin akademik, ”katanya lagi
Beliau turut menasihatkan dan menyeru agar lebih ramai anak muda melihat TVET sebagai laluan kerjaya yang progresif dan bernilai tinggi.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Akademik POLIMAS, Dr. Mhd Azmin Mat Seman telah menzahirkan rasa bangga terhadap penganugerahan tersebut.
“Pengiktirafan ini amat tepat kerana Rozaimi adalah nadi kekuatan TVET di POLIMAS, khususnya dalam memperkukuh bidang GIS dan perancangan. Dedikasi, kepakaran dan komitmennya menjadikan beliau inspirasi kepada seluruh warga akademik, ”katanya.
Pemilihan Rozaimi sebagai Tokoh TVET POLIMAS 2025 telah membuktikan bahawa kegigihan, kepakaran dan dedikasinya memberi impak langsung kepada kecemerlangan institusi.
Dengan reputasi sebagai pakar geospatial dan pendidik berpengaruh, beliau terus menjadi simbol kecemerlangan POLIMAS serta inspirasi kepada generasi TVET masa depan.
Pada masa yang sama, pihak POLIMAS turut memberikan anugerah kepada pensyarah dan staf yang bersama-sama turut memartabatkan TVET dalam pendidikan, antaranya:
Turut hadir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik POLIMAS, Hamizi Yahya, Ketua-ketua jabatan dan Ketua-ketua Unit POLIMAS. – SUARA.TV