Kolej Komuniti Sungai Petani, Bertam Resort Meterai LOI Perkasa Latihan Industri Pelajar

KOLEJ KOMUNITI SUNGAI PETANI
01 April 2026
Kolaborasi

KEPALA BATAS, 1 April 2026 – Usaha memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dan industri perhotelan terus diperkasa apabila satu Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) dimeterai antara Kolej Komuniti Sungai Petani dan Bertam Resort, sekali gus membuka lebih banyak peluang latihan berasaskan industri kepada pelajar.

Kerjasama strategik itu merangkumi pelbagai aspek termasuk pelaksanaan Industry on Campus (IOC) dalam bidang operasi perhotelan, perkongsian kepakaran serta fasiliti, latihan dan pensijilan profesional, selain penempatan pelajar dan pensyarah bagi latihan industri serta Work-Based Learning (WBL).

Menurut Dr. Reezlin Abd Rahman, kerjasama tersebut merupakan kesinambungan kepada beberapa program berimpak tinggi yang telah dijalankan sejak 2025, antaranya Program Silang Budaya Kerja Industri Buffet Ramadan, Program Peningkatan Pelajar Dual Sistem (Buffet Ramadhan) serta pendedahan kepada perkhidmatan banquet bagi pelbagai acara rasmi dan korporat.

“Program-program ini memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri suasana kerja sebenar industri perhotelan, sekali gus meningkatkan kemahiran teknikal, disiplin dan profesionalisme,” menurut kenyataan itu.

Majlis berkenaan turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada dua pelajar yang menunjukkan prestasi dan komitmen cemerlang dalam Program Silang Budaya Kerja Industri Buffet Ramadan 2026 iaitu Muhammad Hakim bin Abdul Ghani dari kelas SOP 2A dan Nekhil a/l Jethesh dari kelas SOP 1A. Kedua-dua mereka menerima pengiktirafan atas dedikasi serta keupayaan menyesuaikan diri dengan budaya dan keperluan kerja industri sepanjang program berlangsung.

Kerjasama melalui pemeteraian LOI itu dijangka dapat memperkukuh ekosistem pendidikan dan industri, di samping menyokong usaha melahirkan graduan yang berkemahiran, berdaya saing dan memenuhi keperluan sektor hospitaliti tempatan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti