
Muadzam Shah, 2026 – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Muadzam Shah (PMS) mencipta kejayaan membanggakan apabila pensyarah dan pelajarnya meraih pencapaian cemerlang dalam The International Invention, Innovation and Design Competition 2026 4th Edition (i3DC) yang dianjurkan oleh Kolej Vokasional Tanah Merah dengan kerjasama DIGIT360 – UiTM Startup Company serta Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.
Dalam pertandingan berprestij yang melibatkan penyertaan dari pelbagai institusi di peringkat antarabangsa itu, pasukan JKM berjaya mencatat kejayaan dalam dua kategori utama.
Bagi Kategori Tertiary (Online), pasukan JKM meraih Pingat Emas menerusi projek bertajuk ECO GUARD MOWER di bawah bimbingan Norshahira binti Mohd Fauzi bersama pelajar Muhammad Afiq Farhan bin Mohd Bustamam, Muhammad Danish Hakim bin Mohd Nazri dan Mohamad Azlan bin Rasool Khan.

Manakala bagi Kategori Professional (Online), pasukan pensyarah JKM turut mencipta kejayaan apabila meraih Pingat Perak melalui projek bertajuk FROM SIMULATION TO REALITY: ENHANCING INDUSTRI 4.0 SKILLS THROUGH FACTORY I/O-BASED AUTONATION LEARNING yang dihasilkan oleh Dr Norhafzan bin Bariman, Masrul Nizam bin Mahmod dan Mohd Kamal bin Hat.

Kejayaan ini membuktikan tahap kecemerlangan inovasi, kreativiti serta kompetensi tinggi dalam kalangan warga JKM dalam menghasilkan projek berimpak tinggi dan relevan dengan keperluan industri semasa.
Pencapaian ini sekali gus mengharumkan nama Politeknik Muadzam Shah di peringkat antarabangsa serta mengukuhkan kedudukan institusi sebagai peneraju pendidikan TVET yang berdaya saing. Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat serta berharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.