CONNECT 2026: PSA-POLNEP International Collaboration Programme

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
10 August 2026
Akademik, BERITA

7 Ogos, Shah Alam – Majlis menandatangani letter of intent (LOI) antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Malaysia dan Politeknik Negeri Pontianak (POLNEP), Indonesia telah berlangsung dengan jayanya. PSA diketuai oleh YBrs. Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman, Timbalan Pengarah Akademik manakala delegasi POLNEP diketuai oleh Yang Terhormat Madam Linda Suherma, Vice Director of Financial and General Affairs.

Kehadiran POLNEP merupakan satu penghormatan besar kepada PSA dalam mencerminkan komitmen kedua-dua institusi untuk memperkukuh kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.

Majlis pada hari ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih erat antara PSA dan POLNEP.

Kedua-dua institusi beriltizam untuk memperkukuh kolaborasi dalam bidang akademik, keusahawanan dan penyelidikan demi manfaat warga akademik, pelajar serta masyarakat.

PSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Yang Terhormat Madam Linda Suherma, Vice Director of Financial and General Affairs yang mengetuai deligasi daripada POLNEP dengan 120 orang pensyarah bagi menjayakan CONNECT 2026.

Fokus utama kerjasama ini merangkumi perkongsian kepakaran, pelaksanaan penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah, pembangunan inovasi, mobiliti pensyarah dan pelbagai inisiatif pemindahan ilmu.

CONNECT merupakan akronim kepada Collaboration, Opportunities, Networking, Nurturing, Education, Community dan Transformation.

Jabatan Perdagangan PSA dan delegasi POLNEP telah menghasilkan pelbagai aktiviti, termasuk Majlis Menandatangani LOI, Sesi Perkongsian Ilmu Antarabangsa, Program Khidmat Komuniti dan Program Pensyarah Pelawat.

Aktiviti-aktiviti ini menjadi platform penting untuk bertukar kepakaran, berkongsi amalan terbaik serta mengukuhkan hubungan profesional antara kedua-dua institusi.

Selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), PSA sentiasa komited untuk memperluas jaringan strategik dengan institusi pendidikan di dalam dan luar negara.

Kerjasama ini dapat memperkukuh pembangunan akademik, penyelidikan, inovasi serta bakat, di samping menyokong agenda pengantarabangsaan pendidikan TVET dan meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui pendedahan global.

Sesi menandatangani letter of intent (LOI) antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Malaysia dan Politeknik Negeri Pontianak (POLNEP), Indonesia
Ucapan daripada Yang Terhormat Madam Linda Suherma, Vice Director of Financial and General Affairs.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti