Jejak Alumni cetus inspirasi, suluh hala tuju kerjaya pelajar PMS

POLITEKNIK MUADZAM SHAH
18 August 2026
Alumni, BERITA

MUADZAM SHAH, 11 Ogos – Jejak pengalaman alumni menjadi sumber inspirasi kepada pelajar Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah (PMS) dalam meneroka realiti dunia kerjaya menerusi program Career Talk with Alumni – Lentera Alumni: Suluh Jalan Kerjaya yang telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama (DKU), PMS.

Program bersempena COMMEVAL 2026 itu menampilkan dua alumni Jabatan Perdagangan, Puan Siti Salimi binti Md Sidek dan Puan Noor Haidahtul binti Hamidi, yang telah berkongsi pengalaman, perjalanan kerjaya serta cabaran sebenar yang ditempuhi sepanjang berada di alam pekerjaan. Perkongsian tersebut memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai realiti dunia kerjaya serta kemahiran yang diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan kehendak industri.

Selain sesi perkongsian, program turut diserikan dengan sesi soal jawab yang membuka ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama para penceramah. Sesi pop kuiz dan penyampaian hadiah turut diadakan bagi menggalakkan penglibatan aktif para pelajar sepanjang program, di samping penyampaian cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada penceramah jemputan.

Lebih daripada sekadar perkongsian pengalaman, program ini juga bertindak sebagai suatu medium yang menghubungkan pengalaman alumni dengan aspirasi kerjaya pelajar, sekali gus membantu mereka membentuk perancangan kerjaya yang lebih terarah selepas tamat pengajian.

Pendedahan secara langsung daripada individu yang pernah melalui fasa peralihan daripada alam pengajian ke dunia pekerjaan turut menyuntik keyakinan kepada pelajar untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran kerjaya. Inisiatif sebegini diharapkan dapat menyumbang kepada pembentukan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran, berkeyakinan serta lebih bersedia untuk memenuhi tuntutan dunia pekerjaan.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti