Program CSR Tanam Pokok Bakau

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
19 January 2025
Uncategorized

14 MAC 2023 | SELASA – Politeknik Seberang Perai turut bersama-sama berganding bahu dalam Program Penanaman Pokok Bakau (Inisiatif Pucuk Hijau) yang dianjurkan oleh UMW Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Program ini telah dijalankan di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Seramai 27 orang pelajar dan 5 orang pensyarah Politeknik Seberang Perai bersama-sama staf dari Frontken Malaysia Sdn. Bhd. telah menanam sebanyak 2000 anak pokok bakau bagi menyahut seruan kempen Penanaman 100 Juta Pokok oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Semoga dengan penanaman pokok bakau ini memberi impak positif dan memberi manfaat kepada ekosistem di negara kita.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti