Produk ‘An Automative Security System’ juara keseluruhan POLYCCOM’23

UKK JPPKK
30 August 2023
Uncategorized

27 Julai 2023, Kepala Batas – Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah menganjurkan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan 2023 (POLYCCOM’23) bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sebanyak 47 kumpulan merangkumi 104 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Juri pertandingan terdiri daripada 10 panel pengkomersialan JPPKK dan dua panel industri. Produk An Automotive Security System, Kolej Komuniti Kepala Batas telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan bagi penganjuran edisi kali ini.

Sebanyak empat anugerah utama dipertandingkan iaitu Anugerah Produk Berpotensi Komersial (Teknikal), Anugerah Produk Berpotensi Komersial (Bukan Teknikal), Produk Pengkomersialan Terbaik dan Juara Keseluruhan Terbaik.

Majlis perasmian penutup POLYCCOM’23 telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), JPPKK, YBrs. Ts. Haji Rumzi bin Mamat.

Turut hadir ialah YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), JPPKK, YBrs. Ts. Jasni bin Mohd Yusoff, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) dan Encik Ibnu Affan bin Jaafar, wakil dari Unit Pengurusan Penyelidikan (PMU), Kementerian Ekonomi.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

Anugerah Produk Berpotensi Komersial (Teknikal) – Inkubator Penetas Telur Unggas IKS, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Anugerah Produk Berpotensi Komersial (Bukan Teknikal) – MIKRAJ – Israk Mikraj Education Board Game, Politeknik Kuching Sarawak

Produk Pengkomersialan Terbaik
1. Sambal Teruna Berapi, Kolej Komuniti Sungai Petani
2. Gulai Daging Batang Pisang, Kolej Komuniti Langkawi
3. Sistem Pertanian Jimat Tenaga (SPJT), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti