Keratan Akhbar : Graduan perubatan tak malu sertai TVET sebab minat

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
05 September 2023
KOSMO

Kosmo, 5 September 2023

SHAH ALAM – Minat mendalam dalam bidang kemahiran dan kepercayaan tinggi terhadap kebolehpasaran Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) membuatkan seorang graduan perubatan sanggup mengikuti diploma di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini.

Ternyata ‘pelaburannya’ selama tiga tahun mengikuti Dip­loma Kejuruteraan Elektronik Perubatan membuahkan hasil apabila cemerlang dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.93 seterusnya dinobatkan salah seorang penerima anugerah Pengarah PSA.

Lebih manis kejayaan Mohd. Luqman Zulkepli, 32, dikongsikan bersama isterinya yang juga penuntut PSA, Nik Nur Insyirah Ihsan Kemari, 22, yang turut bergraduasi pada sesi pertama semalam.

Menurut Mohd. Luqman, beliau tidak malu ‘menurun­kan’ standard sekali pun sebelum ini telah menjadi lepasan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan daripada Universiti Sains dan Teknologi Jordan.

“Tiada ruginya memandang­kan kursus yang saya ambil juga berkaitan dalam bidang perubatan. Cuma kali ini lebih kepada ‘bedah’ kepada peralatan digunakan hospital.

“Lagipun saya minat kemahiran sejak dari sekolah, jadi saya fokus dan belajar bersungguh sehingga mendapat Anugerah Ketua Jabatan bagi lima semester berturut-turut,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas majlis konvokesyen ke-24, di sini semalam

Jelas anak sulung daripada tujuh beradik itu, TVET kini mulai dipandang tinggi berbanding sebelum ini yang dikategorikan tahap kedua pendidikan dan gaji rendah berban­ding bidang profesional lain.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti