Pelajar Politeknik Kota Kinabalu Yang Pertama Terima PerantiSiswa Keluarga Malaysia Di Negeri Sabah

UKK JPPKK
16 September 2022
BERITA

11 Sep 2022, Kota Kinabalu –  Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menerima kunjungan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi menyempurnakan Sesi Pengagihan PerantiSiswa yang bertempat di Dewan Rafflesia PKK.

Wajah ceria pelajar Politeknik Kota Kinabalu selepas menerima PerantiSiswa daripada YB Tan Sri Annuar Musa

Acara dimulakan dengan ucapan penghargaan dari Saudara Boby Jacktro, Yang Di-pertua Majlis Perwakilan Pelajar PKK. Dalam ucapan itu, Saudara Boby mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang memberikan peluang kepada siswa B40 untuk lebih cemerlang dalam pengajian.

Sementara itu, Puan Nooranyza binti Mohamed Yusoff , Pengarah Bahagian Ambilan Dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), turut memaklumkan bahawa PKK merupakan institusi pendidikan yang pertama di Sabah menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini. Lebih 400 pelajar telah menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia di peringkat Zon Sabah.

Inisiatif ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar sepanjang proses pembelajaran serta menjadi pemangkin semangat untuk terus peroleh keputusan yang cemerlang.

Hadir sama YB Datuk Haji Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Encik Abdul Razak bin Mohd Daim, Timbalan Pengarah Akademik PKK, Ts. Md. Syadiqin bin Awg Adi, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKK dan pegawai-pegawai kanan PKK.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti