Seramai 313 Orang Pelajar Dari 33 Politeknik Seluruh Negara Sertai Polyskills 2022

UKK JPPKK
17 September 2022
Aktiviti Pelajar, BERITA

15 September 2022, Johor Bahru – Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Politeknik Malaysia 2022 (Polyskills 2022) Peringkat Kebangsaan. Program ini turut mendapat kerjasama dari Politeknik Mersing Johor (PMJ) dan Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB). Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Norhayati binti Zakaria, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mengiktiraf pelajar-pelajar politeknik yang memiliki kemahiran unggul dalam bidang pengajian masing-masing serta sebagai platform pemilihan peserta ke Worldskills Malaysia Belia (WSMB), Worldskills ASEAN (ASC), Asia Worldskills dan Worldskills.

Seramai 313 orang pelajar dari 33 politeknik seluruh Malaysia telah menyertai pertandingan pada kali ini dengan melibatkan 29 bidang kemahiran. Antara bidang tersebut ialah Bakery, Housekeeping, Patisseries & Confectionery, Restaurant Service, Tourism Guiding, Aircraft Sheet Metal, Mechanical Engineering CAD, Mechatronics, Welding, Agro, Aquascape, Bricklaying, Drone Technology, Floristry, Geomatic, Refrigeration and Air Conditioning, Fashion Technology, Graphic Design Technology, Landscape Gardening, Painting & Decorating, Visual Merchandising, Digital Construction, Electronics, IT Network Systems Administration, IT Software Solutions for Business, Web Design and Development, Accounting, Freight Forwarding dan Stenography.

Pada majlis ini, YBrs. Dr. Norhayati telah menyampaikan anugerah kepada pemenang bagi setiap bidang dan anugerah khas, iaitu :

ANUGERAH TANGAN EMAS:
Ahmad Syamil bin Mohd Azam
Danish Aqasha bin Mohd Puad
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

ANUGERAH JARI EMAS:
Ahmad Arif Iqbal bin Mohamad Nur Arrifin
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS).

ANUGERAH MINDA KREATIF:
Saadah Iznaira binti Abd Wahid
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

ANUGERAH PENGURUSAN POLYSKILLS TERBAIK:
Encik Azman bin Che Razak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS)

ANUGERAH KEJURULATIHAN TERBAIK:
Encik Mohd Erman bin Derasid @ Nordin
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

ANUGERAH PENGURUSAN LOKASI PERTANDINGAN TERBAIK:
Tourist Guiding
Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Dalam pada itu, beliau turut melancarkan Flag-Off Peserta Peringkat Akhir Pertandingan Kemahiran Worldskills Malaysia Belia (WSMB2022). Turut hadir YBrs. Ts. Noor Aidi binti Nadzri, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), YBrs. Puan Hilmun binti Mohamed, Pengarah Politeknik Mersing Johor (PMJ) dan YBrs. Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz, Pengarah Politeknik METRO Johor Bahru )(PMJB).

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti