196 pelajar politeknik ditauliah Staf Muda Pertahanan Awam

POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL
18 January 2024
Aktiviti Pelajar

24 September 2023, Mersing – Seramai 196 pelajar daripada 14 buah politeknik telah menerima pertauliahan sebagai Staf Muda Pertahanan Awam Gred 13 di Dewan Permata Marjan, Politeknik Mersing Johor (PMJ) anjuran Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) bersama Politeknik Mersing (PMJ) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Majlis pentaulahan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Yang Amat Setia KPj. (PA) Datuk Aminurrahim bin Mohamed diiringi wakil Dr. Zamzam bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, 

Dr. Zamzam bin Mohd Walid berkata, penawaran Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) bagi kokurikulum berkredit oleh Kementerian Pendidikan Tinggi yang berstruktur dilihat sangat bertepatan ke arah mempertingkatkan kualiti modal insan dengan berpaksikan falsafah negara Madani melalui teras pendidikan iaitu memberi fokus kepada pembangunan sahsiah atau ‘character development’. 

“Latihan dan kursus yang dijalankan bersama APM merangkumi aspek kognitif, psikomotor dan afektif terbukti berjaya membangkitkan elemen kemahiran insaniah,  kepimpinan, tanggungjawab dan disiplin dalam kalangan anggota PISPA. Secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan ilmu yang diperolehi”, ujarnya ketika berucap di Majlis Pentauliahan PISPA Politeknik Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Permata Marjan Politeknik Mersing, Johor.

Sementara itu katanya, pihak JPPKK sentiasa mendukung dasar nasional ini dan mengharapkan agar para pelajar mencabar diri untuk menjadi graduan berkualiti, holistik dan seimbang.membuka ruang dan peluang kepada pihak APM untuk mengadakan kolaborasi berbentuk penyelidikan inovasi secara bersama.

“Pihak JPPKK merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pegawai dan anggota PISPA Politeknik Malaysia yang banyak menyumbangkan jasa dan tenaga dalam setiap aktiviti di Politeknik masing-masing”, ujarnya.

Turut hadir bersama Yang Setia PPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Abd. Razak bin Senan, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail (PTSN) serta Yang Setia Kol. (PA) Fazlisyah bin Muslim, Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti