POLYCC Raih Pingat Emas Di 1st SEA Deaf Games 2022

UKK JPPKK
10 February 2023
Aktiviti Pelajar, BERITA, Sukan

26 November 2022, Kuala Lumpur – Penyertaan Kontijen Malaysia dalam 1st Sea Deaf Games 2022 yang diwakili oleh Azlan Kuste dari Politeknik Kota Kinabalu telah membuahkan hasil dengan kemenangan pingat emas dalam acara olahraga 1500 meter.

Kejohanan sukan yang bermula dari 21 hingga 27 November 2022 lalu telah disertai enam buah negara iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Singapore, Filipina dan Thailand.

Sebanyak empat jenis sukan dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu futsal, olahraga, tenpin boling dan badminton.

“Saya sangat bersyukur atas kejayaan yang dikecapi. Ia memerlukan pengorbanan dan kerja keras. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada jurulatih, pengurusan politeknik dan semua pihak yang menyokong saya” jelas Azlan ketika dihubungi.

Selain itu, seorang lagi pelajar juga dari Politeknik Kota Kinabalu, Mary Pamela Sylvester telah memperoleh pingat gangsa dalam acara futsal. 

Kedua-dua pelajar ini merupakan pelajar khas dari jurusan Sijil Kemahiran Hotel dan Katering.

 

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti