Adlond

Adlond Terokai Bidang Agroteknologi Melalui Pembelajaran TVET di PSS

UKK JPPKK
04 October 2022
Alumni

24 September 2022, Sandakan – Mempunyai kekangan untuk mempelajari sesuatu secara teori dan lebih gemar membuat sesuatu secara paktikal, seorang graduan Diploma Agroteknologi tidak lagi mahu menoleh ke belakang dan mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di Politeknik Sandakan Sabah (PSS).

Adlond Waynerwll Abel, 24 yang kini merupakan usahawan tani, berkata setelah tamat latihan industri, beliau terus menceburi bidang pertanian dengan mengusahakan kebun fertigasi cili miliknya sendiri.

Hanya berbekalkan pengetahuan dan kemahiran semasa pengajiannya, Adlond mampu menjana pendapatan sendiri melebihi RM 2000 sebulan. Setakat ini, hanya 2000 polibeg tanaman cili bara yang diusahakannya, Adlond tekat untuk memperluaskan lagi perniagaannya.

Peluang membuka kebun ini adalah melalui inisiatif Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) selaras dengan Pemodenan Agromakanan: Menjamin Masa Depan Sekuriti Makanan Negara.

Selain dari tanaman fertigasi cili, beliau juga turut mengusahakan ternakan ikan tilapia dan kebun kelapa sawit bersama-sama dua orang pekerjanya.

Adlond berkata, beliau belajar tentang ilmu keusahawanan melalui peluang-peluang perniagaan yang diberikan melalui slot keusahawanan di PSS.

“Saya mengakui berniaga sambil belajar telah mengajar saya untuk menyusun masa dengan baik. Saya tinggal berjauhan dengan keluarga di Tongod dan hanya mampu pulang ke kampung halaman semasa cuti panjang sahaja selain kos untuk pulang ke kampung agak tinggi kerana kampung halaman saya berada jauh di pendalaman.”, katanya.

Beliau juga terlibat aktif dalam program-program inovasi yang diadakan oleh PSS di peringkat kebangsaan seperti e-Festival Agro Makanan dan Bioteknologi (e-FAMB) 2020 dan Icomplex 2020 dan turut membanggakan institusi apabila beliau dan rakan-rakan berjaya memenangi pingat perak dalam kedua-dua pertandingan tersebut.


adlond3

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti