AKTIVITI MEMASAK DAN AGIHAN BUBUR LAMBUK

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
08 April 2025
Aktiviti Pelajar

Aktiviti Memasak dan Agihan Bubur Lambuk sempena Program Ihya Ramadan di Kolej Komuniti Selandar telah berlangsung dengan penuh meriah pada 19 Mac 2025, bermula sekitar jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada staf serta para pelajar, yang turut bersama-sama merasai kegembiraan dalam suasana yang penuh keberkatan. Selain itu, program ini juga turut disertai oleh Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Timbalan Pengarah Pengurusan, dan Timbalan Pengarah Akademik, yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran acara ini.

Semangat kerjasama dan kekitaan jelas terpancar sepanjang aktiviti ini berlangsung, menjadikan program ini satu kenangan manis dan bermakna bagi seluruh warga kolej.

Sebagai penutup, penyerahan bubur lambuk kepada agensi-agensi di sekitar Selandar turut diadakan, sekali gus mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat sempena bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Image Not Found

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti