‘Bag of Ramadan’ bantu ringankan beban pelajar

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
02 April 2024
Umum

26 Mac 2024, Kuantan – Commerce Club, Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) turut menyemarakkan bulan Ramadan kali ini dengan mengagihkan 50 Bag of Ramadan yang mengandungi barangan keperluan harian (makanan kering) untuk menampung keperluan para pelajarnya yang tinggal di luar kampus sekitar daerah Kuantan.

 

Majlis Penyerahan Bag of Ramadan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Akademik) POLISAS, Hajah Wan Zuraida Wan Yusoff. Hadir sama adalah Ketua Jabatan Perdagangan POLISAS, Akmaruljehan Samiun.

 

Wan Zuraida berkata,  program ini dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban pelajar yang berada di luar kampus.

 

“Dengan kos sewa rumah yang perlu ditampung, program ini diharapkan dapat dijadikan sumber bantuan tambahan pelajar dalam mengurangkan kos perbelanjaan mereka seperti kos makanan dan bahan masakan “, katanya.

 

Tambah beliau lagi, program ini juga adalah untuk menyuntik semangat para pelajar dalam menjalani ibadah puasa dengan kehidupan yang lebih baik di samping mengeratkan lagi ukhwah.

 

Selain daripada agihan Bag of Ramadan, sumbangan kuih bagi berbuka puasa juga turut dilaksanakan oleh Commerce Department Commercial Centre (CDCC) yang merupakan inkubator keusahawanan bagi Jabatan Perdagangan POLISAS. Sumbangan ini melibatkan seramai 307 pelajar jabatan tersebut.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti