Mstar.com.my, 31 Julai 2024
Momen mengundang sebak itu dikongsikan Ain ketika adiknya mendaftar di kolej.
DRAMA air mata sering berlaku tatkala seorang anak terpaksa berpisah serta perlu hidup berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga kerana perlu melanjutkan pengajian.
Begitulah juga yang berlaku dalam keluarga Ain Muslim apabila adiknya mendaftarkan diri sebagai pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah yang mana rakaman adegan menyentuh hati dikongsi di TikTok sebelum tular.
“Belajar elok-elok Kak Teh,” tulis Ain di ruangan kapsyen video
Tangkap layar video tular.
Menerusi video itu, dapat dilihat momen syahdu seorang gadis tidak dapat menahan sebak ketika bersalaman dengan bapanya, sambil disaksikan ahli keluarga yang lain.
Gadis berkenaan yang mesra dengan panggilan Kak Teh kelihatan terharu menerima sekeping wang kertas, dipercayai bernilai RM50 daripada bapanya.
“Tak cukup duit, cakap (pesan abah pada Kak Teh).
“Kasih ibu hingga ke syurga, kasih abah sepanjang masa,” kata Ain yang turut tersentuh menyaksikan momen tersebut.