
17 & 18 Jun 2025 – Tirai telah dilabuhkan secara rasmi untuk BENGKEL FIRA AUTONOMOUS ROBOT: BENGKEL RC ROBOT SOCCER (SISIPAN KOLEJ KOMUNITI).
Selama dua hari, 17 & 18 Jun 2025, Dewan Kuliah Utama Kolej Komuniti Seberang Jaya (KKSJ) telah bergegar dengan semangat inovasi dan sorakan para peserta.
Program ini telah berjaya mengumpulkan bakat-bakat hebat dari 20 buah Kolej Komuniti seluruh Semenanjung Malaysia.
Kemuncak program sudah tentulah pertandingan RC Soccer yang menyaksikan pertembungan strategi yang mantap. Keputusan penuh adalah seperti berikut:
JUARA: Kolej Komuniti Ampang
NAIB JUARA: Kolej Komuniti Bandar Darulaman
TEMPAT KETIGA: Kolej Komuniti Bagan Datuk
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ts.Hj. Husaini Aza Bin Mohd Adam, Pengarah Kolej Komuniti Seberang Jaya. Turut hadir memeriahkan majlis ialah pegarah-pengarah POLYCC , Wakil pengarah POLYCC serta pensyarah-pensyarah kanan dan semua staf KKSBJ.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat SEMUA pasukan yang telah mengambil bahagian.
Semoga program ini menjadi langkah awal untuk untuk semua terus cemerlang dalam arena robotik dan bersedia untuk menggegarkan pertandingan di peringkat lebih tinggi seperti 18th FIRA Malaysia Cup 2025 nanti!
Ucapan perasmian oleh pengarah kksbj
Kehadiran para peserta untuk bengkel Fira Autonomus Robot
penyampaian hadiah kepada para pemenang
berlangsung bengkel Autonomous Robot