
JENDELA MADANI, 15 FEBRUARI 2025
Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah, Dr Mhd Azmin Mat Seman berkata demikian dalam ucapannya kepada bakal pemimpin pelajar selepas
pengumuman keputusan Pilihan Raya Kampus POLIMAS bagi tahun 2025.
Beliau berkata, pemimpin JPP juga perlu menyokong sistem yang diamalkan di politeknik.
“Jangan cuba memberikan masalah kepada sistem politeknik sebaliknya pemimpin pelajar perlu membantu meningkat imej politeknik serta menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar,” katanya
BERJALAN DENGAN LANCAR
Pilihan Raya Kampus peringkat POLIMAS ini telah berjalan dengan lancar pada 5 Februari 2025.
Proses pengundian berlangsung di Dewan POLIMAS bermula pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 4
petang. Keputusan Pilihan Raya Kampus POLIMAS 2025 telah diumumkan tepat pukul 4.30 petang pada hari berkenaan.
Pilihan raya ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil untuk JPP POLIMAS bagi tahun 2025.
Seramai 54 orang calon bertanding JPP kali ini yang mewakili pelbagai jabatan di POLIMAS.
PENGUNDI YANG LAYAK
Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar POLIMAS, Saiful Nizam Sa’ari berkata, kampus yang
diadakan ini merupakan pilihan raya yang paling berjaya kerana peratusan keluar mengundi antara yang
tertinggi iaitu 90.61 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 2609 orang.
“Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat,” katanya.
Menurut beliau lagi, pilihan raya ini didominasi dengan calon lelaki yang bertanding paling ramai iaitu 30
orang manakala calon wanita hanya 24 orang sahaja untuk mengisi kekosongan 30 tempat Exco dalam JPP dengan 3 lagi diisi secara lantikan oleh pihak politeknik. – JM