19 Januari 2025, Alor Gajah – Golongan ibu bapa memanfaatkan cuti persekolahan menyertai program berkhatan beramai-ramai untuk anak mereka di Kolej Komuniti Selandar.
Hari ini, seramai 108 orang kanak-kanak menyertai majlis berkhatan beramai-ramai secara percuma, anjuran JAPERUN Asahan dengan kerjasama Kolej Komuniti Selandar, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Klinik Kesihatan Selandar dan Jabatan Penerangan Daerah Jasin.
Program itu dirasmikan oleh YB Datuk Haji Fairul Nizam bin Roslan, Exco Kerajaan Negeri Melaka merangkap ADUN Asahan yang turut di temani oleh Pengarah Kolej Komuniti Selandar, Encik Rozali bin Ibrahim.
Bermula dengan bacaan doa dan perarakan sambil berselawat oleh Imam Khairul Khazuan bin Kasim salah seorang imam Masjid di DUN Selandar. Seterusnya dibantu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat yang sudi hadir bagi “menyejukkan” kanak kanak sebelum acara berkhatan dilakukan bermula sekitar sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 1:30 tengahari.
Para perserta serta waris turut dihidangkan makanan yang disediakan oleh urusetia secara “potluck” dan dimeriahkan dengan kehadiran gerai usahawan KKSL serta truck MAMEE.