Daya Cipta, Inovasi dan kreativiti sebagai pemacu kejayaan warga POLYCC dibawah Malaysia MADANI

POLITEKNIK SEBERANG PERAI
27 March 2024
RENCANA

Pada asasnya terdapat enam tonggak dasar membangunkan Malaysia MADANI. Ianya terdiri dari :

Kemampanan :Kemajuan mutu kehidupan bangsa dalam acuan yang seimbang antara manusia dan alam, bernuansakan citra Malaysia yang unik.
Kesejahteraan:Membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.
Daya cipta:Mengandungi beberapa konotasi antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka baharu.
Hormat:Mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab yang berasal daripada bahasa Arab.
Keyakinan:Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi.
Ihsan: Ihsan itu sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan.

Tonggak yang akan dibincangkan adalah tonggak ketiga iaitu Daya Cipta. Daya cipta , di dalam bahasa yang mudah adalah kebolehan mencipta atau mereka bentuk sesuatu yang baru. Daya cipta ini berkait rapat dengan pemikiran kreatif dan kritis. Para pelajar dan pendidik perlu merebut peluang dengan menggorak langkah dengan lebih yakin dan berdaya saing setara dengan negara-negara luar.

Para pelajar POLYCC perlu mengikis sikap merendah diri, terus menuju kejayaan. Hasil daya cipta pelajar POLYCC semakin terkenal dan diiktiraf diperingkat antarabangsa. Antara hasil yang mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah dari tiga pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang telah berjaya dengan cemerlang serta mengharumkan nama POLYCC dipesada antarabangsa iaitu di Perancis. Mereka adalah Mohd Mazni yang memenangi pingat gangsa bagi kategori ‘Restaurant Services’, Nur Amiratul Farahin Ab Rahman meraih pingat perak bagi kategori ‘Painting and Waste Art’ dan Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan membawa pulang pingat gangsa bagi kategori ‘Cake Decoration’. Wira-wira ini adalah contoh yang boleh dijadikan idola oleh para pelajar POLYCC.

Tanpa usaha keras yang disertakan dengan daya inovasi dan daya kreativiti tidak mungkin pelajar-pelajar ini dapat mencapai kejayaan ini. Pelajar POLYCC perlu bermotivasi, berdisiplin serta sanggup mengorbankan masa untuk mencari idea-idea baharu, menambahbaik produk yang sedia ada, memasarkan idea/produk inovasi, mendaftarkan copyright dan terus mengorak langkah untuk maju kehadapan. Setiap pelajar perlu bertindak diluar kotak selaras dengan perkembangan zaman teknologi aras tinggi.

Kelalaian terhadap terknologi boleh mengakibatkan hasil daya cipta mereka tidak relevan dan ketinggalan zaman. Kecanggihan artifical intelligence, robotik dan internet of things perlu dipelajari dan difahami supaya inovasi yang dihasilkan memberi impak yang tinggi. Green technology pula merupakan satu lagi cabang yang boleh di teroka oleh pelajar.Bidang ini kini kian popular dan berkembang dengan pesat. Integrasi dan kombinasi kedua-dua bidang boleh membantu pelajar menghasilakn ciptaan yang dinamik.

Warga pendidik pula merupakan tulang belakang kepada kejayaan kepada pelajar. Tunjuk ajar dari pendidik adalah amat penting, malah pendidik selalunya akan turut serta dalam memberikan cadangan atau teguran dari langkah pertama pengahisalan inovasi sehingga terciptanya inovasi tersebut. Disamping membantu pelajar, pendidik sendiri perlu mengaplikasikan idea-idea baharu yang sesuai dengan setiap topik yang diajar.Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan menghasilkan satu inovasi yang dapat menarik minat pelajar untuk terus meumpukan perhatian didalam kelas. Aplikasi-aplikasi mudah seperti quizzes, kohoot, proprofs, canva, kepada pembelajaran 3 demensi seperti augmented reality, virtual reality serta metaverse akan dapat membantu pendidik menyampaikan isi pengajaran dengan lebih efektif.

Penulis:

Dr.Rohani Binti M.M Yusoff

Pensyarah utama (DH52)

Politeknik Seberang Perai

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti