Dua Pensyarah Kolej Komuniti Arau Tawan Hutan Thailand – Semangat TVET Menjulang di Pentas Dunia!

KOLEJ KOMUNITI ARAU
14 May 2025
BERITA, Sukan, Umum

“Menggalas semangat anak watan, dua pensyarah Kolej Komuniti Arau telah berjaya menakluk hutan Thailand dalam misi luar biasa semasa perlumbaan Amazean Jungle Thailand by UTMB membuktikan bahawa pendidik bukan sekadar mencurah ilmu, tetapi juga simbol kekuatan, keberanian dan ketahanan di pentas dunia!”

Dua pensyarah hebat dari Kolej Komuniti Arau, Ts. Mohamad Hafiz bin Abd Rahim dan Encik Mohammad Shahiran bin Salim telah mencipta sejarah apabila berjaya menghabiskan larian sebelum tamatnya Cut Of Time (COT). Perlumbaan bermula seawal jam 5.00 pagi dan peserta perlu menamatkan larian sebelum pkul 2.00 petang.

Mereka bukan sahaja mengharumkan nama negara, tetapi turut mengibarkan bendera Kolej Komuniti Arau di peringkat antarabangsa dengan penuh bangga dan semangat luar biasa. Ini merupakan titik permulaan bagi mereka yang akan menyertai Kejohanan Ironman Langkawi pada November dan juga Ekspedisi Gunung Kinabalu pada Disember nanti.

Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan semangat kesukanan tetapi juga memberi inspirasi kepada para pelajar dan warga Kolej Komuniti seluruh negara untuk meneroka potensi diri dalam pelbagai bidang.

Kejayaan mereka membuktikan bahawa TVET bukan hanya tentang pembelajaran teori dan kemahiran teknikal, malah melahirkan insan yang holistik, berdaya saing dan memiliki ketahanan luar biasa dalam apa jua cabaran.

BERITA BERKAITAN

Hak Cipta Terpelihara © Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti